Page 1 : D
Kawan aku Rude, baru saja tiba di Ire. Dia menghubungiku mengatakan kedatangannya di sini. Aku terlupa samaada aku pernah memberinya nombor telefonku. Bahkan juga alamat tempat tinggalku ini. Tapi mungkin saja pernah kerana aku kerap menghantar e-mel kepadanya semasa kami sama-sama berada di akademi Saxia dulu.
Rude, katanya dia tinggal di apartmen 18, Area Chrone, di hujung bandaran ini. Aku dan rakan-rakanku pernah beberapa kali ke sana bermain skateboard. Terdapat sebuah lapangan terbang terbiar dan bangunan runtuhan di kawasan itu yang menjadikan scene skatebording kami tambah dramatik. Hari sudah senja tapi aku pergi juga kerana aku sendiri pun sudah lama tidak bertemunya.
Tidak ramai yang tinggal di apartmen ini, hanya dua tiga buah bilik sahaja yang bercahaya senja begini. Padaku, bangunannya masih kukuh walaupun sudah banyak besi-besi rangka yang berkarat. Tingkat 3, bilik 8. Aku mengetuk pintu. "Hey, Rude!" Aku menjerit namanya dari luar. Rude tersengih apabila pintu terbuka. Dia menepuk bahuku. "O hait, kau datang jugak." katanya sambil mempelawaku masuk.
"Nampak macam dah lama sampai sini?" Sengihku bila melihat sekeliling bilik. "Petang semalam. Tapi aku sampai tu terus tidur dulu. Bangun pagi tadi masak, baru aku call kau. Hehe.." Aku nampak piza dalam kuali leper atas meja yang dah bersemut. "Just what makes you comes here.. huh, Rude?" aku bangun ke tingkap. Ada lombong rupanya di belakang apartmen ini. Airnya pekat hitam. "I just back retired from army." Aku agak terkejut mendengar itu. Rude dulunya bekas tentera Soviet Russia, yang kemudiannya menyertai Pakatan Nexus, yang mana aku juga dihantar ke situ oleh keluarga untuk belajar ketenteraan.
"Hei, ni untuk kau. Buah tangan dari Russia." Rude membaling sesuatu dalam paket plastik. "Huh, uniform Nexus. Aku bukan tentera. Boleh dapat ni?" Aku pula tersengih. Rude semasa di Nexus, dia adalah tentera manakala aku cuma pelajar sahaja. Sejak aku datang tadi Rude asyik dengan komputernya di meja makan. Tapi dia masih lagi melayan tetamunya, malah mempelawa aku jus oren dalam peti ais. Aku kenal Rude, itu memang caranya.
"Hei, aku rasa aku balik dululah. Dah gelap ni." Rude bangun dan berkata OK padaku. "I gonna stay long here." Katanya lagi semasa kami berjabat tangan.
edit: aku akan post sambungannya yg telah siap ditaip yg tiba2 datang secara randum sms aku tengah melayang-layang.. soon. :D
No comments:
Post a Comment