Monday, January 24, 2011

Tazkirah hati

Saya terbaca di suatu laman, Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Benar. Kita ada al-Quran dan hadis sbg panduan. Untuk segalanya, dari awal sampai akhir kita hidup, dari awal sampai akhir ketamadunan manusia. Kalau rasa hanyut dalam arus hidup sendiri, ingat-ingatlah kembali kpd kitab yg telah diwahyukan. Kitab yg mencakupi seluruhnya bagaimana manusia hendak hidup.

Dari al-Quran dah hadis juga timbul pengetahuan tentang Dajjal dan konspirasi Yahudi/Nasrani. Telah dijelaskan dalam al-Quran dua golongan kafir yg amat memusuhi Islam iaitu Yahudi dan Nasrani (yakni Israel yg jahat sana dan orang-orang Kristian sana).

Oleh itu jangan kita lupa pula dengan bentuk2 kejahatan mereka (yg layaknya mmg berbagai cara tersirat bukan yg terang dan jelas shj) yg sering hendak menjatuhkan kita. Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dgn sebenar-benarnya. Yang benar wujud lagi aktif pada hari ini, dunia moden ini, bukan hanya dibukukan dlm teks sejarah untuk kita belajar di sekolah shj pd masa lepas. Maka ambil tahulah apa senario yg sedang berlaku di sekeliling dunia hari ini, bkn hanya senario sempit di birai-birai tepi anda shj.

Dan sebagai seorang wanita (muslimah), ingin juga saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, tentang hadis riwayat,

Dari Usamah bin Zaid r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita."

Lumrah asal wanita adalah memelihara maruah dan melapik diri dengan rasa malu. Namun malu bukan bererti malu tidak bertempat. Wanita yang menjaga aib dan kesopanan diri bukankah terasa wanita itu lebih tinggi harganya. Menyayangi, menyukai diri bererti berbuat yang terbaik utk diri. Berbuat yg terbaik utk diri adalah mencintai diri. Dan mencintai diri adalah kerana takutkan Allah. Bukan mencintai diri kerana diri itu sendiri. Sesungguhnya diri kita ini bukan milik kita jua. Oleh itu sentiasalah kita sama-sama sujud ke bawah. Jangan bongkak dan takbur dengan diri sendiri.

No comments: