Hati ke hati...
“Lakukanlah dan perbanyakanlah amalan soleh, kebaikan dan kebenaran.”
Cerminlah raut wajah, keperibadian dan amalan anda. Bersungguhkah kita selama ini? Adakah kalian sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki sehingga kini? Adakah kita benar-benar berjiwa besar dalam meraih kecintaan terhadap-Nya?
Wahai diri, goncangkanlah dirimu. Biarkan cinta itu benar-benar berputik di saubarimu. Cinta yang berbunga-bunga di taman hati. Cinta itu ia kembang mekar, menguntum dan mengharumkan hati kita. Cinta juga adalah seni. Seni menghidupkan kehidupan. Belajarlah bagaimana untuk mengolah seni ini, kerana ia akan menghubungkan kita untuk ke alam akhirat. Alam yang akan membawa kita bertemu dengan Sang Kekasih yang menumbuhkan bunga-bunga cinta di kolam jiwa kita.
Tidak terujakah untuk menyemai cinta sebegini? Cinta yang akan menyemarakan ruh dan semangat di dalam jiwa dan hati kita. Cinta sejati yang akan merawat segala kelesuan jiwa yang terlekat di dalam diri.
© Langitilahi.com
No comments:
Post a Comment