Sunday, August 28, 2011

... Dan mereka pula tidak takut pada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpahan kurnia Allah S.W.T. yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, kerana Allah S.W.T. Maha Luas limpah kurnia-Nya lagi meliputi pengetahuan-Nya. [Surah Al-Maidah: Ayat 54]

Rasulullah S.A.W. adalah contoh yang paling baik mempunyai sifat tetap pendirian. Pada peringkat permulaan baginda menyebarkan agama Islam, baginda telah diberi tawaran hadiah-hadiah yang sangat istimewa supaya tidak menyebarkan ajaran Islam, namun baginda tetap berpegang teguh pada keputusannya, yakni terus menyebarkan ajaran Islam walaupun akan menghadapi risiko yang berat.

Setiap orang Islam hendaklah mempunyai sifat tetap pendirian dalam membuat sesuatu keputusan dan apa-apa tindakan. Bahawa pilihan itu adalah benar, adil dan tidak menganiayai mana-mana pihak. Sebarang tindakan yang diambil hendaklah dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini demkian kerana Al-Quran dan As-Sunnah merupakan dua sumber petunjuk ke arah kebenaran yang tidak dapat diragukan lagi.

No comments: