Tuesday, October 04, 2011

So hari ni ma abah suddenly bertolak pegi Perlis. For the sake nak tandatangan borang perjanjian *classified information* yang adik aku punya. *See, dah guna kata ganti 'aku' balik dah. Whyya? Mood.. depends on mood..*

Kebelakangan ni aku dah pandai masak. yay. masak ape? masak megi? yup betul. and tak betul jugak. cuz aku dah tak masak megi da kebelakangan ni. aku mau stop makan megi. makan megi kan panas so selalu lepas makan aku akan kepanasan dan rasa nak pegi masuk bilik air untuk mandi tu amat membuak-buak. so aku mau berenti makan megi. aku tak suke kesan panas after effect die.

Tadi aku nak cerite sebenarnya, kepakaran aku dah lebih maju sedikit daripada masak megi je *jangan tak tahu ak ni mmg pakar masak megi. sedap pulak tu aku buat. kawan2 ak pn suke. haha. bleh bangga ke camni? -__-* Ok, sekali lagi kita kembali ke pangkal cerita yang aku nak cerita tadi. Makanya, selain daripada megi ni, aku telah melangkah setapak lagi dengan mampu masak makanan-makanan lain juga. seperti sup sayur, ikan and ayam masak kicap, masak pedas, tomyam, masak stew, aku dah dah beberapa kali cube masak 'masak lemak cili api'. masakan ni bukanlah feveret aku, tapi selalu kalau tengok dalam tv atau bace novel, derang2 mesti suke masakan ni. so aku pun terai la mencabar diri, bahwa aku pun reti je nak masak masakan feveret keramaian orang tu. ok la. tapi selalu aku masak aku takut nak taruk garam banyak-banyak. selalu nya mak akan tambahkan bila dah siap masak. satu lagi kalau masak, aku suke pakai minyak sikit je. bukan sebab jimat. sebab kesihatan...

Well kalu secara praktikalnya dilihat, banyak lagi perkara picisan yang perlu diamal kalau nak jaga kesihatan. cuma seciput garam dan minyak yang di kurangkan tu apalah sangat kan. tambah2 lagi aku ni suke pulak makan makanan segera yang lain. tapi sejak aku pandai masak jugak ni kan *kalau boleh boldkan sikit ayat tu, huhu* aku pun mahu kurangkan la makan benda kurang sihat camtu. *waa.. my feveret* Makan jugak tapi jarang-jarang la. Ala, aku gi mall beli pun tak sampai seminggu sekali. Beli pun bukan setiap kali pegi mall tu jugak.

Okie, berbalik kepada topik sekali lagi, hmm, ape lagi masakan feveret orang2 ye? cepat2, aku nak mencabar kewibawaan aku ni, hahaha. so.. secara core nya, kalau nak pandai masak, mesti la kena pandai masak gulai dulu kan. mengikut tafsiran aku la. tak sah kalau bajet nak pandai masak tapi tak reti masak gulai. hehe. to tell the truth, aku blom penah wat gulai lagi. ok, esok lusa aku akan try buat. hari ni aku goreng udang ngan sambal tumis. pastu buat kuah ngan sayur air je. aku renehkan kentang dan lobak merah tu lama sikit. biar lembut habis. pastu masukkan sayur kobis. hee. matlamat: nak makan sayur banyak-banyak. tahu-tahu lah kan body aku ni camne. aku pun tak tau ar nape aku suke makan banyak tapi aku makin kurus hari-hari. dan vitamin yang aku makan tu memang berkesan menambah selera makan aku tapi tak berkesan menambah berat badan aku.

And sebagai penamatnya aku ni tak de la suka masak masakan pedas2 sangat, atau yang bubuh itu ini macam-macam dalam makanan and demand itu ini. aku suke yang simple jew. sedap dan selamat dimakan. itu jelah matlamat aku nak memasak sebenarnya. dan keinginan aku untuk mencuba resepi-resepi lain itu adalah hobiku sahaja. makanan kegemaranku, still, nasik goreng berperencah adabi yang di masak oleh mak. alhamdulillah.. aku pun dah pandai masak sebijik camtu jugak. yup, feveret aku sejak dari lahir lagi aku suke makan nasi goreng. senang. sesapa nak belanja aku makan, belanja nasik goreng pun aku dah suke dah. haha.

P/s sebenarnya, bile kita cakap kita 'tak demand', kadang-kadang itu bermaksud kita sangat lah demand. same lah gak dalam hal ni. walaupun aku cakap aku tak demand dalam memilih makanan yg nak dimasak (atau nak dimakan), tapi aku leh jadi amat demand jugak. aku pun dalam hati ni ade jugak rase nak makan sedap-sedapnya. dan untuk menyedapkan ayat lagi, yang berkhasiat-khasiatlah.

No comments: