Monday, December 19, 2011

Di suatu petang yang indah...

Tadi keluar pi pekan sat. Dalam pukul 5.30 camtu. Beli eye-liner kat kedai AVON. Eh? Yup yup. Saje beli untuk mencukupkan set alat mekup. Hehe. Baru tengah suam2 kuku kaki nak praktis pakai. Ehhe~ Dan jugak pegi beli tali mesin jahit untuk ganti tali lama yang dah putus. Saya nak jahit getah pinggang seluar tidur yang alamakhai longgarnya. Time rajin ni kena la teruskan kerajinan. Ade seminggu lagi kan kat rumah. And then beli roti Gardinier yang saiz biase tu. Yang panjang lau beli kang tak sempat habis pulak dah expired. Baper orang je ade lam rumah ni skang.

Kul 6 petang masa on the way balik tu singgah rumah nenek tersayang. Jumpa Tuk Mek yang ala-ala terkejut melihat cucunya ini yang sudah pulang. "Bile pulang?" tanyanya. "Petang Khamis baru ni, nek." jawabnya saya. Kejap benor je masa 2 bulan berlalu. "Kelip pas kelip pas, dah 2 bulan berlalu gamak nya ye?" kata nenekku. Huhu. Nenek kat rumah sorang-sorang tak bilang hari dah pun. Nenek cakap dia nak ikut kami pergi Kuantan nanti. Untuk menghantar saya. Nenek memang suka jalan-jalan. Dan selalu suka nak ikut kami pegi mana-mana makan angin. Kalau hari Jumaat atau Sabtu, dia tak dapat ikut. Tapi kalau hari lain, boleh. Saya katakan pada nenek, mungkin 27 haribulan (Selasa). InsyaAllah nenek pun nak ikut sekali. Ok nek. Jom kita pi jalan-jalan ke Pahang pula. Yattaaa.

Sekali lagi sebelum sampai ke rumah, kami singgah di stesen minyak Esso di Kg. Danan. Cucuk duit. Pastu beli topup Celcom RM10. Dan beli ais krim kat Izzati dan Aida yang mengada-ngada dalam kereta. Pastu singgah beli ikan tepi jalan nak masuk rumah. Dan selamat sampai.. Sekian sahaja kisah saya pada petang tadi. Hik2.

No comments: