Tadi di ofis, ada staff part time baru yang masuk. Seorang student Japan yang menyambung belajar di UM dalam bidang kebudayaan dan warisan Melayu. Beliau berada di pertengahan tahun apabila membuat pilihan menyambung belajar secara sementara di universiti tempatan di Malaysia. Tahun ini adalah semester kedua beliau di sini dan beliau hanya akan berada di sini selama 1 tahun. Karen Takahashi namanya. English lagi tu nama. Beliau berasal dari Tokyo. Saya amat kagum dengan kefasihannya berbahasa Melayu. Beliau sudah 5 tahun mempelajari bahasa ini sejak mengambil kursus bahasa Melayu di universiti di Tokyo. Umurnya baru 22 tahun. Menurut pandangan saya, beliau adalah seorang expatriat student yang sgt bagus. Seperti juga Suzy, juga pelajar Jepun yang sudahpun pulang ke negaranya, yang melakukan part time di sini sebelum saya datang. Saya pernah la jumpa Suzy ni sekali sewaktu kali terakhir dia datang.
***
2 minggu lepas, pada hari Ahad, saya telah melakukan aktiviti berfaedah dengan menghantar resume saya secara gerila ke mana2 company yang mahu merekrut pekerjaan statistik/matematik dan pengkomputeran/it/programming. Dan aktiviti itu telah mendatangkan hasil apabila pada hari Khamis minggu itu juga saya menerima panggilan untuk post programmer di sebuah company bukan tempatan. "Boleh esok awak datang interview (Jumaat)?" ... "Nggak boleh miss, esok saya ada kerja lain." ... "Okai, satu lagi tarikh yang saya sediakan untuk awak ialah Rabu ni. Jumpa nanti." Begitulah lebih kurang cerita setelah saya pendekkan. Isnin Selasa tu cuti Maulidurrasul.
Rabu itu, saya pun hadir interview. Pukul 8.30 saya sudah sampai di tangga. Sedangkan waktu yang dijanjikan pukul 10 pagi. Saya lupa apa yang saya buat untuk menghabiskan masa. Pukul 9.30 saya panjat ke atas. Seperti yang telah diberitahu, Ms Yean Yean saya temui selepas 5 minit menunggu di bahagian kaunter. Ms Yean Yean membawa saya masuk ke dalam sebuah bilik. Dan dia suruh saya jawab exam selama 45 minit. Hmm. Saya buka kertas soalan. Dan terkeluarlah soalan2 programming... Dan sepatah apa pun saya tidak berjaya menjawab. Saya seperti, "Oh mai. Ohhh maaaiiiiiiii. Wat is dizzzzz."
Ms Yean Yean datang untuk mengutip kembali kertas exam pukul 10.35 minit pagi. Kemudian saya akan diinterview oleh 2 orang manager yang lain. Interview berjalan dengan agak lama. 30 minit lebih mungkin. Kerana pukul 11.30 apabila saya sudah keluar daripada bilik tersebut baru saya melihat jam lagi sekali.
...bersambung besok. saya nk tito da.
No comments:
Post a Comment