Saturday, March 10, 2012

La Taiasu (jangan berputus asa)

Cuma terasa ingin menulis. hari minggu hari cuti dan hanya berehat saja di rumah Paksu Maksu. ada teman2 yang mengajak keluar, memang sudah berminggu-minggu setiap minggu saya hanya duduk di rumah saja. oleh kerana tempat yang ingin dikunjungi itu, sudah tegar saya kunjungi, (kota kecil tempat saya kerja), saya menolak. memohon ia halus, agar tidak mengguris hatinya.. amin.

Diri ini telah secara tidak sengaja melayar ke sebuah blog ini. Seorang ukhti yang menjual hijab secara online. pada mulanya saya berkunjung ke blognya untuk melihat2 tudung akel yang ada dijualnya. koleksi2 nya cantik dan simple tetapi kebanyakannya sudah sold out.. sedih juga. baru sahaja di upload, sekejap saja sudah sold out. saya pula selalu kurang update.. maka tentu lah sentiasa tidak sempat mendapatkan tempahan. hee

Melungsuri blog nya juga saya membaca reviu tentang buku novel, Cinta Suci Zahrana. berikut adalah sinopsisnya yang dikarang ukhti itu yang saya kira menarik juga untuk kita sama2 baca. :)


Cinta Suci Zahrana


Ceritanya tentang seorang pelajar perempuan bernama Zahrana yang berkahwin lewat, sementelah usianya hampir 30an. Anak tunggal, jadinya dia lah satu - satunya anak ibu bapanya yang diharapkan dapat membahagiakan mereka yang sudah tua dan mungkin akan diambil nyawanya oleh Allah pada bila - bila masa saja. Jadi, setelah didesak beberapa kali, dia menolak juga untuk bernikah sehingga habis master (S2). Mulanya sehingga habis degree (S1), tetapi di tangguhnya lagi kerana tidak bersedia. 

Ibu bapanya sudah hampir bingung memikirkan cara bagaimana untuk memujuk anaknya supaya bernikah, orang kampung sudah mula berkata tidak baik dan mereka juga berasa sunyi. Zahrana dikatakan seolah - olah mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan perasaan orang lain terutama ibu bapanya. Ramai yang masuk meminangnya tetapi semuanya ditolak. Di sini kita lihat, apabila ibu bapa meminta, maka penuhilah. Taat pada urusan yang Allah suka , sebagaimana kita tahu, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya." . Jadi, mengapa kita menolak? Ya, mungkin disebabkan orang yang meminang itu bukan jodoh dari Allah lagi buat kita. Only Allah knows. 

Sehingga satu peringkat, Zahrana ingin meneruskan pembelajarannya sehingga peringkat lebih tinggi. Dia menjadi semakin hebat dengan menerima anugerah dari universiti luar negara, dan berhasrat untuk menghadiahkan kepada ibu bapanya. Namun, bukan itu yang mereka mahukan. Dalam masa yang sama, dia dilamar oleh seorang lelaki tua, Dekan fakulti tempat dia mengajar untuk mengahwininya. Zahrana tidak selesa dengan lelaki itu, dia menolak dan itulah titik bermulanya kemarahan lelaki tua itu. Ibu bapa Zahrana pelik mengapa tindakannya sebegitu rupa. Akhirnya, ibu bapanya meminta sahabat baik yang rapat dengan Zahrana untuk menasihatinya. Zahrana menerima nasihat itu dengan hati terbuka dan hatinya semakin lunak. Dia menerima cadangan mereka untuk meminta pak Kiai mencarikan calon untuknya. Sehinggalah dia dicadangkan satu nama dan tiba pada hari perkahwinan,lelaki bakal suaminya itu mengalami musibah dan meninggal.

Zahrana hampir putus asa, namun kuasa Allah yang menentukan segalanya. Setiap kita telah Allah tentukan sejak azali lagi Ajal , maut serta jodoh , semuanya di tangan Allah. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Akhirnya dia dilamar oleh anak muridnya di fakulti tempat dia mengajar dahulu. Begitu dia terkejut dengan lamaran itu yang disampaikan melalui ibu lelaki itu. Sungguh, hanya rancangan Allah itu sebaik - baik rancangan. Maka, berbahagialah Zahrana dengan lelaki itu.


Di bawah karangan tersebut ukhti tersebut menyelitkan ibrah.. Walaupun saya tidak membaca buku tersebut, tetapi saya telah mendapat manfaatnya. Terima kasih di atas catatan..

Ibrah :
  1. Pertimbangan apa yang dicadangkan oleh ibu bapa kita. Mereka lebih memahami kita.
  2. La taiasu (Jangan berputus asa) dengan mengharap kasih sayang Allah.
  3. Berdo'alah supaya dikurniakan jodoh yang baik. Rabbana hablana min azwajina, wa zurriyatina, qurratu 'aini waj'alna lilmuttaqina imama. [Al-Furqan : 74]
  4. Bergaul dengan orang - orang soleh untuk mendapatkan jodoh yang soleh. InshaALlah.

Wallahua'lam. Moga ada manfaatnya.

No comments: