Sunday, April 15, 2012

Bingkisan

Hati berasa gembira semalam yang lalu. Rasa bahagia. Ada juga sedikit rasa seperti tidak sabar. Ingin menggapai hari itu. Tetapi juga rasa berdebar.

Allah... masa yang di tunggu itu hanya Engkau yang tahu. Engkau yang menetapkan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Janganlah sekiranya hamba Mu ini lalai atau lupa di dalam waktu menunggu masa itu, ya Allah...
Diri, gagahlah! Kau lebih tahu apa yang kau mampu. Tidak kah kau mahu menguji kekuatan kudrat mu?

Sahabat, bagaimana dengan kamu pula? Marilah kita seiring dan sejalan. Bawalah aku andai aku yang di belakang. InsyaAllah aku ingin membawamu juga merempuh hari bersama... Aku tidak mahu keseorangan! Kita pasti tidak mahu!

No comments: