Izzati adik saya yang bongsu. Paling manja dan sanggup berbuat sesuka hati kerana dia anak bongsu. Lebih-lebih lagi keluarga memanggilnya "adik" sebagai panggilan manja. Tetapi saya tidak memanggilnya begitu. Saya memanggilnya dgn nama "Ti". Panggilan adik akan membuatkannya semakin manja.
Itu hari semasa saya di dalam train, saya menerima satu SMS drpd adik saya ni. Mesti Aida dah cakap kat Izzati saya rindukan dia. hihi
Izzati: Long duk wat gapo tu haa
Saya: Baru tengah balik kerja ni (pukul lapan malam dlm train)
Izzati: Long balik dengan bas kah ?
Saya: Dengan LRT (mungkin dia tahu LRT, mungkin tak)
Izzati: LRT TU GAPO HAH KAKLONG ?
Saya: Kereta api
Izzati: Keretapi "kepit" tu ke
Saya: Iya
:')
Izzati: Long rindu dekat Ti kah?
Saya: Mesti laa rindu
Izzati: Ti pun rindu long jugak (maaf lah adik menaip lambat) (refer tu lambat reply mesej)
Saya: Pandai dah tu reply SMS. Ti tak main cityville dah ke?
Izzati: Tak main. Siapa yang nak bagi Ti main. (sedihya saya)
Huwaa. Saya rasa nak balik sekarang. Tiket saya 1 hari bulan. Nak naik KTM. Tapi tentu makan masa lama. Nak naik flight. Tapi tentu terkejut abah dan ma. Membazir tak kalau saya naik flight? Saya nak balik kejap je :'(
No comments:
Post a Comment