Sunday, July 15, 2012

Persimpangan

Beli tiket lagi. Dengan Ain ke Hentian Putra. Pukul 2 nanti.

Dari tingkap pintu yang terbuka, ceramah masjid kedengaran jelas. Sementara menunggu zohor.

Nak ke pejabat pos di KL Sentral juge. Posting barang buat zati dan adik2 sekalian. :p

Ibu seperti mahu aku berhenti kerja sekarang juga. Itu hari ibu call, bertanya padaku balik tak puasa ni? ku kata boleh je balik, hari minggu. hihi. Kemudian ibu cepat2 berkate, "itu hari kate mau berenti kerja?". "Ya, bu" kataku. "Start puasa nilah berenti." cepat2 ibu membalas.

Fuh. Kena bagi notis 2 bulan dahulu, bu. Haruskah aku kasi sekarang?

Sebenar aku plan nak kerja sampai hujung tahun ni di sini.

Pada masa yang sama, hensetku teeet teet tanda bunyi sms masuk. Paksu.

'SPA ada buka kekosongan jawatan dah skang. Kalau berminat boleh apply.'

Uhuh. 

Sebenar apa yang aku mau dan apa yang masih ku fikir?

Ya Allah, tunjukilah kami jalan.

No comments: