Musim bah hujung tahun sudah mula datang. Hari minggu akan hujan tengahhari. Berhenti sekejap. Kemudian malam hujan lagi.
Ini hari aku di rumah lagi. Pss. Rumah sewa. Tanpa ke mana-mana menghabiskan masa. Tapi macam ni lagilah menghabiskan masa. Aktiviti kemasyarakatan tiada.
Tetapi tidak lupa. Walaupun yang itu kurang, tetapi masih ada aku dan Dia.
Hujan renyai-renyai turun membasahi tanah bumi lagi. Langit pekat mengarak awan-awan gelap dan berat.
Sudah lama tak menaip blog. Cetusan idea itu ada. Tapi bila terpacak saja di skrin komputer, menerewang pula ke tempat lain. Kemudian aku bosan, dan aku akan menutupnya kembali. Huh.
Ahhh hujan makin lebat. Oh no- aku chao dulu eh-
No comments:
Post a Comment