Saturday, February 09, 2013

Assalamualaikum!

Dear diaries,

Minggu ini cuti 4 hari kerana sambutan tahun baru cina. dan saya di rumah sewa. sheha balik kampung semalam! dia mengajak saya tapi saya katakan tidak. padahal dalam hati 'arh geramnya saya nak ikut balik'. biar saya bertapa dengan sisa-sisa hari di sini. mentadabbur kehadiran dan kelapangan.

Semalam saya singgah di MPH. sejak kelmarin dulu lagi saya merayau-rayau di situ, mencari buku apa yang hendak di beli. saya mahu membaca, tapi tidak ketemu buku yang berkenan di hati. dan semalam saya pun membeli buku Ustaz Hasrizal 'Di Hamparan Shamrock'. sebenarnya sebelum ni saya dah lama nampak dan melihat buku ni.

Buku ini adalah sebuah lagi travelog di negara UK.

....

Pagi Jumaat kelmarin, hujan turun renyai-renyai selepas subuh. pada mulanya saya malas hendak bergerak, tapi semakin rajin apabila mendengar hujan. seolah-olah membangkitkan kekuatan. seronoknya rasa. kerana dah lama tidak hujan waktu pagi.

Saya selalu bercerita tentang hari minggu kan? sebab saya selalu lupa apa dah terjadi pada weekdays. mungkin masih berbekas di minda tapi terperosok tanpa dapat keluar melalui tulisan. kata seseorang dalam bukunya, 'menulis itu menyebarkan ilmu'. begitulah lebih kurang yang hendak disampaikannya. maka baguslah belajar menulis perkara yg baik2 dan bermanfaat kepada orang lain juga di samping menulis sebagai peringatan kepada diri sendiri.

No comments: