'Hey, pretty!' seperti Micheal memanggil T-Bag sewaktu terserempak di jalanan.
Aku sudah tengok sampai Season 3, episod 7 kalau tak silap - 'Bang and Burn'. Plan adik beradik tu lambat mendatangkan hasil maka the Company nak keluarkan Wrestler dari penjara dengan cara Band and Burn. Season tiga ni memang kisah di dalam Sona sahaja. Pada mulanya aku amatlah was-was bagaimana sehingga 4 season mahu menceritakan tentang kessah melarikan diri dari penjara. Namun sekarang aku berasa lega.... dan lebih yakin... eh, ape lega dan yakin2 ni?
Dan alkessah realiti nya sekarang, aku balik rumah @ kampung danan. yay! lompat bintang skali.
Harga sebuah pengorbanan
Tentang perngorbanan. tentang seorang ayah... dia mempunyai anak-anak dan isteri. yang terpaksa berkorban membeli sebuah kereta baru untuk kesenangan menghantar anak-anak nya ke universiti. tentang seorang kawan... yang berkorban pekerjaannya, untuk mendapatkan rezeki yang lebih bersih, bebas daripada sebarang unsur2 yang meragukan... tentang seorang dia... yang berkorban masa tidurnya menunggu di kedatangan orang ramai.... menunggu rezeki, kalau2 ada yang untuknya. masyaallah... aku rasa hendak menangis... aku tidak mehu melihat semua ini.... tapi mereka sebenarnya kuat... mereka tidak menangis. kerana mereka tahu itu ketentuan kehidupan.. mereka tidak bersedih, terkilan, atau kecil hati dengannya. kerana mereka tahu itu perjalanan mereka. jadi kau tidak harus menangis... kau harus melihat seperti mereka melihat. Allah itu juga ada melihatmu... kau tidak pernah keseorangan... bahkan dunia ini juga adalah pinjaman...
Usahlah kamu bersedih, tidakkah engkau tahu, engkau yang lebih tinggi darjatnya sekiranya engkau beriman dan bertaqwa kepada Allah.
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10)
No comments:
Post a Comment