Sunday, March 03, 2013

Suatu hari itu rumah kami telah dipecah masuk. persekitaran yang aman ini memang kelihatan aman diluarnya. tapi jangan disangka disebalik mee tak ada udang ataupun kerang. aku risau menceritakan kepada mama, risau dia terlebih risau atau berfikir bukan-bukan. ku beritahu mama petang semalam. ku katakan ku jaga diri elok2 di sini. harap ibuku okay.

kemudian pagi tadi juga aku mendapat panggilan telefon daripada mama. aku tidak dengar deringan handfon ku atas tilam, padahal volume aku dah setkan yang paling tinggi? maka aku membalas balik panggilan itu. aku tahu mama mesti tengah bersiap-siap nak pergi kerja masa tu.

dan berita yang aku dapat, musibah yang menimpa saudara dekat kami. sedih. aku tak tahu hendak bereaksi macam mana. aku berasa kalah. mungkin ada secebis malu tapi aku sendiri tak pasti apa fungsinya bagi aku.

perkara begini menular dan terus menular. dengan tiadanya PENDIDIKAN. budaya mendidik dengan memarahi, mengherdik dan bercakap belakang dengan mengharapkan si pelaku sedar adalah SUSAH! mereka tak akan sedar. mereka perlu diberitahu. mana ada kanak-kanak kecil yang hendak sedar sendiri tentang sesuatu ilmu itu. kalau tidak diberitahu.

mereka terlalu bergelumang di dalam kepompong. di dalam kepompong itulah segala-galanya berlaku. tiada jalan untuk keluar kerana sudah terikat dengan pelbagai urusan dan seribu satu masalah. minda tidak berkembang. jauh sekali. susah sekali.

apakah ada seseorang yang telah merencanakan semua ini? atau memang kami sendiri yang telah merevolusikannya?

aku berasa sakit hati dengan pemerintahan sekarang. bolehkan aku cakap, biarlah yang memegang tampuk sekarang yang menang. kemudian, yang masih memerintah negeri ini, teruskan memerintah. ubahlah masyarakat di sini dahulu! aku tak yakin kalau apabila menang keseluruhan, itu adalah punca kejayaan. itu adalah penat yang sia-sia!

No comments: