Sunday, June 02, 2013

Chrysantinum

Assalamualaikum wbt... Salam pagi buat hamba-hambaNya, semoga sentiasa mendapat keredhaanNya dalam apa jua perkara yang dilakukan hari ini.

Weekend. Matahari cerah sangat. Pagi tadi lapar sampai berkeroncong sebab semalam dinner minum air milo je. Maka, saya memutuskan untuk pegi keluar makan.... kenapa keluar makan sebab kebosanan sampai rasa nak patah belakang duduk di rumah ni. nak baring pn dah tak larat.

Mengikut saja mana kaki melangkah. Masuk dalam bas cakap nak ke kota raya kepada pemandu. padahal tak tahu pun nak turun mana. sambil2 checking harga tiket bas sebab tak pernah turun sana. kalau tak silap kota raya tu route paling hujung untuk bas yang saya naiki.

Perut lapar sangat. bergelora. sampai Pasar Seni orang ramai dalam bas mula turun. saya pun ikut turun sekali. turun je lah. cam bes je kat sini. tak tahu nak melangkah ke mana pastu duk pusing2 area tu sampai ke jalan mati. subhanallah. takut juga kalau terserempak ngan orang jahat je. perompak ke. pastu patah balik masuk jalan lain. seorang pekerja kedai topup menegur saya, 'hi miss.. blabla..' dah lupa apa dia cakap. tak pandang pun dia. kalau ini di jordan mesti saya dah kena tangkap sebab keluar sesorang tanpa bawa mahram.

Kemudian barulah saya ternampak kedai2 yang macam di jalan tar/masjid jamek tu. terus meluru masuk ke celah2 orang ramai. subhanallah. orang-orang ramai tu adalah ramainya orang cina. mereka tengah bersiap-siap hendak buka gerai pagi2 ni. mana orang melayu? mata saya melilau-lilau mencari orang-orang yang bertudung. selain orang cina, bangsa lain pun ramai juga. kerana kekurangan kepekaan terhadap etnik-etnik manusia di negara ini, saya tak pasti mereka semua yang jalan2 pada pagi hari minggu ni orang bangsa apa.

Mereka jual bunga. dan makanan. kemudian saya memanjangkan langkah ke lorong yang lain pula. melintas jalan ke seberang. sungguh sesak. deru bas yang berbagai-bagai. tak banyak kereta tapi bas memang banyak. pemandu2 bas rapid memang hensem dengan spek mata hitam besarnya. bawa sajalah bas yang besar itu meredah lautan manusia. dalam bas pun sejuk apa ada air-cond.

Semena-mena saya telah tiba-tiba dikerumuni orang-orang india pulak. subhanallah. memang ramai. saya tidak pasti mereka berkerumun kerana apa. biasanya kalau ramai orang2 india ni mereka selalu ada upacara keagamaan. saya rasa seperti seekor rusa jinak yang tersesat masuk kampung. adakah saya berada di zone yang tak sepatutnya saya masuki? tak nampak pun tanda signboard apa2 pun tadi? saya melangkah mengikut bontot bas. bas itu akan bawa saya keluar daripada jalan ini. beberapa minit kemudian barulah saya pasti saya berada di masjid jamek... sebab nampak mydin dan kfc. apa lagi makan la di kfc tu. nasi + ayam seketul + milo ais + cheey wedges. sejam kat dalam restoran kfc. sepanjang sejam tu jugak 10 kali saya tengok atuk2 cina datang tengok dan ambil sisa2 tulang ayam yang gadis2 depan saya makan tadi. mereka duduk dan buka beg plastik yang di bawa untuk mengambil sisa tulang/ayam tadi.

Saya rasa bersalah sebab tak dapat habiskan makanan. cubalah untuk telan sikit2. tu la, perut kecik. kalau dah tahu semalam tak makan, tak eloklah tetiba hari ni makan dengan banyak pulak. banyak ke menu saya tadi?

Alhamdulillah dan siap makan. tapi cheey wedges tak habis 2 ketul. maaf! saya pun menghayunkan kaki ke celah orang ramai. tetiba sampai di CM (central market). saya tak pernah datang sini tapi kawan di ofis cakap dalam CM ni ada barang2 kraftangan. jom masuk tengok. kat dalam tu sejuk sikit ada air-cond. barang-barangnya cantik, malaysian identity, harga pun murah kot. mampu lah rakyat tempatan yang jakun seperti saya ni nak beli. penuh jugak dengan patung2 berhala. ingat nak beli selendang atau blouse batik untuk ma tapi bila sampai ke pintu hujung malas pulak nak masuk balik. harga murah. selendang rm10 je macam kt jalan tar. size dia besar dan kalau lipat dua memang tak jarang sangat. kelihatan ada beberapa wanita orang putih membeli kain-kain batek. terasa seperti pelancong pula diri ni. pelancong la kan. mana de nampak orang tempatan sangat pun kat sini. lagi2 kat luar tadi.

Di open side CM ni ada tempat yang boleh mencuba sendiri melukis batek. lupa pulak harganya. kemudian ada kedai boleh tempat melukis potret. potret anuar zain, siti nurhalia, angelina jolie, perdana menteri, semua ada. kat central market ni suasana tenang je. sebab tempat ni tempat orang2 seni je datang.

Tetiba sakit perut lak. tak jumpa tandas. masuk tandas kfc lagi. hahaha. maaf tumpang ye kak. tadi saya dah makan kt kfc lain tapi lupa masuk toilet.

1 comment:

Anonymous said...

rusa yg jinak? HAHA

aren't u scared to wonder around like that? at least choose a proper place. not with lorong2. that is the easiest place to make a perfect crime.

TC.