Hari ke-4 berpuasa ramadhan. di rumah baru dengan teman-teman ikhwah yang baru. alhamdulillah bersyukur mengenali mereka. ikhwah yang peramah dan senang bercerita. insyaaallah akan ku tampalkan mana yang kurang dalam diriku dengan pertemuan yang Allah beri ini. dan begitulah juga sebaliknya.
Hidup aku semenjak-menjak ini rasa dull sangat. seolah-olah tak kenal sesiapa.aku berada dalam kedukaan yang amat panjang. dan jugak robak hati yang sukar dipulihkan. walaupun aku tahu dan selalu dengar ayat 'la tahzan' di cuping telingaku. namun hati ini sudah lama tidak senyum.
Bersedih berduka, mengingatkan perkara-perkara tak bermanfaat bukan lah sifat yang seharus wujud dalam diri seorang muslimah. aku harus buang jauh-jauh. tapi aku masih berduka kerana aku sering teringatkan pokok yang hijau berasal dari akar yang subur. yakni, akarku masih koyak di sana-sini.
Ketibaan ramadhan baru-baru ini amat gusar sekali. hatiku terjerit-jerit berkata, 'aku masih belum bersedia lagi. tunggu aku dulu! biarlah aku dapat memenuhi nya dengan persediaan yang cukup'.
Diri, pandanglah sekali lagi nota yang kau conteng di sudut kanan blog mu ini. Waktu itu yang semangatmu membara-bara.
Bukan sahaja kau perlu memburu peningkatan diri sendiri. jangan dilupa orang lain juga disisi. kita ini hidup berjemaah wahai diri. mentarbiyyah diri dan sama-sama juga mentarbiyyah orang lain. bukankah kita mahu masuk ke syurga bersama-sama?
Allahu ya rabb. Aku mahu insaf. Rahmatilah kedua ibu dan ayah ku.. yang saat ini aku berasa mereka jauh dari ini. aman-damaikanlah keluargaku, adik-beradikku serta saudara-mara ku. Aminn.
No comments:
Post a Comment