Sunday, April 01, 2018

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera kepada penghuni alam fana sekalian. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah merahmati dan memberkati pagi kita pada hari ini.

Nama saya Rain. Saya berasal dari Kelantan. Sewaktu kecil saya pernah tinggal di rumah kuarters milik syarikat tempat ayah saya bekerja. Rumah itu berdekatan dengan lapangan terbang Kota Bharu. Saya masih ingat lagi pohon kemboja besar yang berbunga putih dan merah jambu di belakang dan di hadapan rumah itu. Kami jarang keluar daripada rumah itu. Sebab kami tak biasa dengan persekitaran situ dan kerana takut dengan orang-orang bandar di sekeliling yang mungkin jahat. Kalau melihat kapal terbang pun melalui tingkap rumah sahaja, panjat ke atas almari. Ada satu memori bergambar yang pernah merakamkan saya dan adik berada atas bonet kereta duduk bersantai sewaktu petang di bawah langit berawan merah di hadapan kuarters itu.

No comments: