Hari pertama saya pergi lapor diri ke pejabat SUK, say mendapat satu buku, bertajuk "Mengapa saya tidak kristian" hasil tulisan Menteri Besar Kelantan rupanya. Tajuk nya bunyi agak berfalsafah tinggi sikit hendak di tuliskan di SINI yg mana tempatnya TIDAK BIASA. Saya rasa intronya sangat bagus. tepat dan jelas. itu sahaja yg hendak saya kongsi. sekian :) pada masa itu saya memang mencari-carikan sebuah tulisan berbentuk begitu.
Sekarang sudah 13 Januari, berarti, 2 minggu genap sudah saya berpraktikal disana. Saya ingin membuat rumusan. Saya. Cepat lalai orangnya. Saya seorang yang mudah lupa apa yang saya fikir. Sbb itu penting bagi saya untuk catatkan sahaja segala apa yg muncul di fikiran saya pada sesuatu masa.
Tapi pula, kalau saya benar-benar faham mengapa saya masih begini? Saya masih lagi mencari dan mencari. Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi seorang yang lalai.
Apakah yang belum cukup dalam hidup saya ini? Dari segi harta? Dari segi rupa paras? Dari segi sifat kewanitaan? Saya ada segala-galanya. Kenikmatan yg banyak sehingga tidak ternampak.
No comments:
Post a Comment