Saya balik tadi naik teksi ke bandar dahulu, kemudian cari bas hendak ke Pasir Puteh. Duduk sekejap di situ, saya sudah berasa penat menunggu. Saya pergi saja cari teksi di stesennya. Setengah jam jugak sebab tak ramai orang. Teksi yg saya naik tu bawa 3 orang penumpang ke Melor dan saya seorang lagi ke Danan. Masa teksi lalu depan stesen bas, saya nampak bas no 3 ke Pasir Puteh - Jertih tu masih belum gerak. Nasib saya pilih naik teksi. Standard melayang 5 ringgit. Kalau naik bas 3.50 sahaja. Semalam pulak lagi dasyat, straight dari Kota Bharu ke Danan, cuma saya seorang penumpang, driver teksi tu mintak 7 ringgit ngan saya. Kalau dia tak mintak, saya ingat nak bagi terus rm10 kat tangan saya ke dia.
Teksi yang saya naik semalam, lucu pulak, tiba-tiba kena tahan dek polis trafik. Teksi lalu ikut jalan hospital sebab nak cari penumpang and kemudian pasti lalu depan balai polis. Bila kena tahan suruh ke tepi tu, pakcik teksi saya ni menggelabah la. Sya apatah lagi, cuma seorang penumpang di depan. Polis wanita tu suruh pakcik teksi keluar. Dia suruh saya jangan takut. Dia suruh saya duduk dalam teksi tu tak payah keluar. Havoc aper, rupa-rupanya diorang nak interview pakcik tu. Buat cam tahan gangster plak. Polis wanita kuarkan note and start interview pakcik. Seorang polis lelaki lain tangkap gambar dengan DSLR. Lol, masuk dlm teksi, pakcik tu kata kat saya, nasib pakai kemas hari ni. Dalam ramai2 orang tu pakcik pulak yang dapat.. Saya cuma sengih je lah.
No comments:
Post a Comment