Thursday, January 12, 2012

- Parenting (apekah kebenaran2 yang dibenarkan oleh ibu bapa kepada anak2. dan apekah pula sikap dan mentaliti yang dimiliki ibu bapa pada masa kini?)

- Pendidikan (pelajaran semata-matakah yang dinilai ibu bapa, masyarakat dan negara? Jika negara tidak berkata begitu, namun adekah pandangan rakyat berfikir pada masa ini sama seperti mana yang visi dan misi negara fikir? image placeholder.)

Dapat dilihat melalui kes Amalina (yg mane ibu nya membenarkan dia dan menyokongnya seperti mana dia seadanya), kes Arif Alfian (yang disayangi ibu bapanya, dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, namun..). Kes kanak-kanak yg meng'hype'kan kpop-apeke-benda-tah sehingga seolah-olah membentuk kroni sendiri pula walhal perkaral sebegitu tidak selayaknya pun dijadikan kroni. "Jangan halang minat kami!". Wanita-wanita dan gadis-gadis bertudung yang  menjadi businesswoman kecil-kecilan, menjadi model utk produk sendiri, ditambah lagi dgn kecantikan pictar dari DSLR. Perihal menteri yang disabitkan dengan fitnah barangkali, dalam kes yang amat dahsyat, dan berlarutan pula sehingga beberapa tahun. Sehingga politik seolah-olah membesar dengan kes itu sahaja.

Apekah media yang mengisi ruang intelek anak-anak, remaja-remaja dan dewasa-dewasa kite?

Televisyen. Television.

Astro. Yang menayangkan cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung dan Zombie Kampung Pisang sehingga ke sepuluh juta kalinya suda. Dan setiap kali ditayangkan itu juga la saya berebut dgn adik bungsu saya ingin melihat channel lain. Yang menayangkan drama indonesia petang-petang buat ratapan famili yang script plot nya langsung tidak masuk akal. Dan saya berebut pula dengan bapa saya.

Apekah. Apekah..

Internet, facebook, twitter.

Media internet pula susah hendak dikawal. Marhaen bebas mencari ape yang berkenan dihati. Meminati itu dan ini. Segala hal pelosok dunia boleh dilihat. Luasnya pemandangan, indahnya dunia rupe-rupenya.

Kita tidak lagi dapat menghalang semua ini.

No comments: