Semalam, saya itu telah keluar lagi bersama famili saya berjalan-jalan. Selayaknya seperti ke pasar minggu sahaja bersama-sama tetapi pada waktu malam dan pada malam Rabu pula itu.
Mama nya saya ada seperkara sikit yang hendak dibeli di suparmarket. Bapa saya hanya meng'drive'kan kereta sahaja. Adik bungsu saya pula minta difotostatkan surat beranak mama nya saya, bapa nya saya, dan dia sendiri untuk dihantar kepada cikgu di sekolah besoknya. Adik kedua pula minta dibelikan pensel alatulis dan buku-buku apa lagi yang belum cukup. Maklum lah awal tahun bersekolah.
Selepas singgah di Pustaka Seri Intan membeli supir alat tulis dan memfotokopi, kami pun bergerak menaiki kereta ke bangunan lot sebelah yang 50 meter sahaja dari pustaka, ingin ke Econ Jaya pula. Econ Jaya tu supermarket kegemaran mama saya ya.
Mama nya bertanya kepada saya, ingin ke bawah dulukah atau ke atas dulu kah? Saya pun berkata, ke atas la ya mama, sepertinya seronok lagi. Kitaorang pun berduyun-duyun la memanjat tangga ke atas. Sampe di tingkat dua, saya sama mama terpaku melihat beg-beg tangan yang cantik molek disitu. B.U.M lagi tu u. Ade satu design tu sgt beautifuul buat saya rasa mahu memilikinya sahaja. Aishh
Sampe di tingkat tiga, mama terus mencari barangnya. Aku sama adik-adik mengikut saja, sambil melihat produk2 di situ. Sampai aku berdiri di satu sudut yang menjual cermin, aku terpana saja di situ membetul-betulkan tudung ku. Senget la pulak. *eh sejak biler lak terguna pekataan 'aku' ni?
Sambil2 saya membetulkan tudung itu, makanya terlihatlah sesuatu oleh mataku. Saya pun segera mendapatkan mama saya yang duduk terbongkok di tepi saya sedang memilih karung baju.
"Ma, long rasa long sakit mata la." Saya seraya menjengilkan biji mata besar-besar, biar mama saya lihat. Mama saya pun terus terkejut dan berkata jom kita pi klinik lah jom. Dia kata nampak suda urat2 darah dalam mata putih saya. Dia terus meletakkan karung2 yang lain dan mendapatkan karung yg satu sahaja. Sesudah membayar, kami pun terus turun ke bawah, membeli bahan-bahan dapur pulak sebelum ke klinik. Saya sempat memaut Munchy's Oat Krunch berperisa Dark Chocolate ke kaunter pembayaran.
Di Klinik Ehsan, tidak ramai sangat pesakit. Suda lama saya tidak ke klinik. Seronok pulak rasanya. Bapa mengeluarkan kad nya sebagai pelanggan tetap klinik itu untuk mendaftarkan saya sebagai pesakit. Duduk lepak2 sekejap menunggu di kerusi panjang klinik itu. Bapa menceritakan perihal die makan besau di Restoran Horizon siang tadi. Dengan kawan-kawannya. Supir tengahhari saja suda beratus-ratus habisnya.
Dokter memanggil pesakit yang duduk di sebelah kami supaya masuk. Dan bapa pun bercerita lagi. Saya membelek-belek majalah DARA melihat fesyen2 terkini kaum remaja. Tidak lama kemudian, nurse dari dalam bilik dokter membuka pintu dan memanggil nama saya.. Saya pun terus bangun sambil tersenyum. Saya mengajak mama masuk sekali. lailai~
Barangkali saya agak excited tanpa disedari bila masuk ke bilik dokter. Tanpa dipelawa saya sudah pun duduk di kerusi di depan dokter. Dan mama saya duduk di kerusi satu lagi. Dengan muka masih tersenyum saya memandang dokter. Tidak lama kemudian dokter lelaki yang sepertinya suka tersenyum juga itu bertanya kepada saya, "Sakit ape ni?"
Haha. Apa la der saya ni. Saya pun bagitau la "Sakit mate, doc." Selepas itu berbual-buallah kami bertiga tentang sakit mata. Naseb baek dokter itu relek saja. Saya pun happy ja la dapat pergi ke klinik.
Saya mendapat 3 jenis obat termasuk ubat titis ke dalam mata. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di gerai sate depan Klinik Ehsan tu membeli apa lagi, sate la. Dan makan beramai-ramai di rumah sambil menonton slot cerekarama apa ya semalam di tv3? Bes jugak la.. seram2 sedikit. Selepas itu saya tidur pukul 11.00 malam.. belum pun habis carekarama. Maaf.. saya kalau mengantuk memang tak pernah tahan..
No comments:
Post a Comment