Tuesday, January 03, 2012

2012 masihi sudah

Selamat tahun baru! Hari ni dah 3 Jan 2012... Adik2 saya da mule bersekolah pagi ini. Diorang bertolak pukul 6.30 lagi kowt. Saye jaga tu diorang dah takde..

N then saya bangun sidai tudung selendang yang saye basuh pukul 3.30 pagi tadi dalam bilik air. 3 jam rendam tue. Harap tak rusak lah ye.

Lepas tu mama pun nak pi kerja da kul 8.00 pagi. Saya kuncikan pintu. Ding dong! Bye-bye mama. See u leter.

Saya pun bukak laptop, online sekejap. Ape yang saye bace hari ni ye? Oh, pasal pelajar Mesia yang cemerlang 17A1 SPM yang terkandas di negara orang. ...

Saya bace komen reply facebuk daripada seorang kawan. Die cakap thankies kat saye sebab wish bday kat die semalam. Well everybody pun dapat reply tu ugak. Ade haku kesa? muehe. Tapi bes sebab die cakap rindu pulak kat cikgu sorang ni. hehe. pasan lah pulak.

Kul 9.00 pagi saya mula pikir nak makan ape. Bukak tudung periuk nasi. Ow, masih full lagi nasinya. Saye pun terus hentam nak wat nasi goreng lah.

Bukak peti ais dan keluarkan bahan-bahan secret recipe. Udang 10 ekor, tomato, sawi, kacang panjang, lobak merah. Bukak peti ais yang sebijik lagi dan mengeluarkan perencah nasi goreng adabi serta sos cili api.

Kemudian saye menibai semua bahan-bahan yang perlu dibasuh di dalam sinki, mencuci dan memotong nya halus-halus supaya sesuai di makan. 3 biji bawang merah yang besar saya potong dan 3 ulas bawang putih yang sederhana saya hiris.

45 minit kemudian saye selesai memasak. Dan membawa sepinggan nasi goreng idaman bersama sudu ke depan laptop ingin menyambung online. ...

Tawar. Tu lah kerana bajet suda sedap tanpa ingin merasa dulu bila siap masak. always i am. always i am.  lol

No comments: