Wednesday, March 21, 2012

Misi dan destinasi

Malam tiba lagi. Seperti hari2 sebelumnya. Siang bekerja, malam buat apa? Ada sekali saya sampai rumah tepat pukul 8 malam. Wah. Sungguh saya mengira-ngira. Selepas ini akan semakin alah biasa semakin tegalkah? Oh my, saya lupa peribahasa tu betul tak.

Umur saya kini 23! mahu menjerit lagi saya apabila  teringat lagi akan fakta ini. apa yang sudah saya buat? saya sungguh risau akan pencapaian saya. ya, sungguh risau! saya selalu membandingkan apa yang saya dah buat dengan apa yang orang2 disekeliling saya dah buat pada julat umur yang sama. itu adalah memotivasikan diri! Saya cemburu sekali dengan orang2 yang mahir di dalam bidangnya. saya ada misi sekarang. misi yang bukan untuk gagal. berdoa kepada tuhan semoga ditetapkan selalu di dalam dada akan misi ini, supaya ia tidak menjadi suatu kelupaan. dan setiap kali masa bergerak, setiap kali itu lah misi akan menjalankan langkahnya, merempuh cabaran2 yang sepatutnya sudah ditukar disebut ujian!

No comments: