Sunday, March 25, 2012

Second slot

Hujan bertaburan turun dari langit. Tengahari yang cerah namun siapa sangka bakal turun hujan. Aku cepat2 membuka grail pintu dapur menyelamatkan baju-baju ku di ampaian. Fuh, hati bahagia dan berbunga sekali tatkala setiap kali mengangkat pakaian di ampaian yang sudah kering.

Hari minggu ini aku di rumah lagi tanpa ke mana-mana. Hatiku dicuit2 mahu mengikut Che Yah beraktiviti lasak main sky trek dan berkayak bersama teman2 companynya. Che Yah kate, "lau u nak ikot n tukar pikiran after dis, just tell me k." Setelah berpikir semalaman bertemankan bintang dan bulan, aku tidak pergi... Jujur bercakap, aktiviti2 begitu sebenarnya adalah aktiviti kegemaranku. hew hew..

Aku kembali merenung desktop komputerku (bace: lappy). Pagi tadi aku telah mengorder beberapa helai clothing daripada sebuah kedai maya. tapi belum ku kasi lagi wang hantarannya. aku sedang berfikir mahu menggunakan alamat yang mane ya. oh, aku belum tulis lagi ya. 2 hari hari lepas aku mendapati gaji kedua ku sudah masuk (bace: yipppee!).

tapi itu bukan bermakna aku secara drastik telah mengorder item2 tersebut secara tibe2.. sudah lama aku merancang bajetnya. apabila gaji sudah masuk pada bulan ini, secara tidak langsung aku terfikir, mungkin aku harus melakukannya sekarang. untuk kegunaan ku sehari-harian juga.

Wah, ingin bercerita suasana di ofis. Tempoh training kami sudah tamat. berakhir pada hari jumaat lalu. Make, hari Isnin esok, akan ku angkat balik komputer dan perkakas2 nya ke meja ofis ku semula. 28 hb ni pula ada test QA bagi staff baru. wah, sebaik aku menaip ini baru ku teringat aku tak buka pun hujung minggu ni nota2 QA dalam pendrive ku.. sengih lah kamu.. -___-" ok, malam ni i bace k.

Aku ingin berdoa, semoga cita-cita akhlak yang aku dambakan, akan berjaya aku cabarkan. Aku ingin berada di dalam kelompok masyarakat, bersama-sama, dengan mereka. InsyaAllah... tetapkan azam.. bulatkan tekad. perbaharuilah ia selalu bahawa diri berkhidmat hanya kerana Allah SWT.

No comments: