Just a thought. kebelakangan ni sudah beberapa kali terbaca rangkapan post para ustaz2 tetang..erk.. kpop. Ye, mereka juga sedar akan gelombang hiburan yang semakin diminati oleh golongan anak-anak muda kita ini, adik2 dan kakak2.
Sebenarnya, demam2 sebegini adalah mengikut musim. saya juga ada minat. sebelum kpop ini, zaman 2000 dulu kami2 lebih popular dengan jpop, hiburan dari jepun. dan kini saya melihat adik2 saya hype dengan hiburan dari korea pula.
Kenapa gelombang ini popular kerana mereka menarik, pandai membawa diri, tidak sombong, ramah tamah, sopan, comel, bijak, dan berpendidikan. Rancangan hiburan mereka juga tidak kurang sangat menariknya. kreatif, menghiburkan dan mendidik juga pada masa yang sama. Mereka menggunakan bahasa yang amat sopan dan tingkah laku mereka juga amat sopan santun. Mereka juga kuat, bertenaga dan tangkas dari segi fizikal juga.
Sifat2 inilah yang saya rasa mebuatkan adik2 saya amat minat sekali dgn mereka2 ini. Tengok la rancangan Let's Go Dream Team. Tengok lah Running Man. Tengok lah Happy Together. Tengok lah Invincible Youth. Bagi saya rancangan tv mereka ini berkualiti dan berkuantiti. (dalam kualiti yang dimaksudkan lah)
Saya juga suka tengok. Kadang2 apabila rancangan di siaran tempatan kelihatan bosan, saya akan segera pantas menukar channel ke 391 (KBS World) di Astro, stesen televisyen korea selatan.
Industri muzik mereka juga amat cool sekali. muzik mereka menarik. dan mereka punya idol2 yang membawakan perwatakan yang baik2. dalam drama juga. tidak aggresif seperti dalam movie orang putih. dan drama mereka ada cara arahan mereka tersendiri.
Saya boleh cakap banyak sebab saya tengok. orang2 nya maju2 belaka. sudah lama meninggalkan takuk kemiskinan dan tiada hidup yang tanpa pendidikan (mungkin kebanyakannyalah). mereka mencapai tahap hidup bertamadun yang baik sekali.
Kita bilakah akan mencapai tamadun itu? seperti orang2 jepun yang terlebih awal lagi sudah melaluinya. Saya ingin mendoakan semoga Malaysia akan melalui semua ini, melepasi takuk2 itu, mengangkat tamadun menjadi lebih tinggi, dalam cara yang baik juga. Menggemilangkan izzatul dalam caranya yang sendiri.
No comments:
Post a Comment