Gigihkan saya duduk di rumah ini. Paksu dan Maksu sudah balik ke kampung pada Rabu lepas. Mereka masih belum pulang lagi. Saya terpaksa pergi kerja sendiri. Berdebar juga, tak pernah dibuatnya saya. Namun itu hal kecil saja, kan? Pada pagi hari Khamis itu saya mengintai bas jika muncul di jalan sana untuk ke LRT Wangsa Maju. Pukul 7.10 pagi saya keluar dari pintu rumah. Sungguh pelupa nya saya kerna tidak bertanya kepada pakcik2 rapidkl yang bertugas di situ! padahal dua tiga hari sebelum itu sudah saya ingatkan diri saya. Maka saya terpaksa memanjangkan anak tekak melihat bas datang dari arah sini kah atau dari arah sane. *lagaknya macam tak pernah naik bas kat situ pulak kan. hehe :P Mesti lah tunggu belah yang nak pergi. Tapi sebab tak biasa dan saya mengandai mungkin bas yang dari Wangsa Maju lebih cepat tiba, oleh itu saya fikir, apa salahnya saya naik bas itu, nanti dia akan pusing balik jugak kan. Akhirnya andaian saya salah. Apabila nampak bas T305 di seberang jalan menuju datang, saya cepat2 melintas jalan. Fuh, selamat.
Petang khamis tu saya pulang lambat sedikit. Kerana meneman Yanie ke Jusco. Kami lepak2 sebentar pada petang itu di dalam Mid (bace: shopping). Tapi tidaklah seshopping mane kerana kami beli barang2 yang kami memang nak beli sahaja. Dan kisahnya, saya turun bas sampai di rumah tepat pukul 8 malam. Isk isk. Saya hanya mempercepatkan langkah sahaja lah setiap kali selepas turun bas di seberang jalan dan melintas. Sudah lah saya hari2 pulang akan lalu depan sebuah kedai makan (restoran tu kecil sahaja, macam gerai makan tepi2 jalan tu). Kadang2 ada orang2 di situ tatkala itu. Kadang2 ada akak2/makcik2, kadang2 tidak ada. Saya tidak tahu apa yang harus saya fikir. Adakah meraka orang2 yang sama yang melihat saya lalu di situ?
Esok nya pula, Jumaat pagi, saya terkeluar rumah lebih lambat sedikit. *Sepatutnya saya mesti dan MESTI bersedia lebih awal jika saya hendak memulakan sesuatu yang saya masih belum biasa! Pukul 7.15. Saya bajet, sempat kerana hari sebelumnya ia tiba pukul 7.20-7.25 camtu.. Dan kisahnya sekali lagi sesudah saya siap mengunci pintu itu dan melangkah keluar, saya melihat..langit tak cerah. Saya mahu redah saja pada mulanya. "Sekejap saja tunggu, bas akan tibe kejap lagi. Nak bawa payung ke tidak? Macam nak hujan la pula ni." Sedang saya berjalan2 pantas ke kawasan menunggu bas, itulah yang saya fikirkan. Dan kisahnya sekali lagi, dengan tidak semena-mena, hujan turun rintik2. "Oh tidak! Seharusnya kah saya patah balik mengambil payung? Tidak boleh, baik tunggu je bas sekejap je. Saya boleh berteduh ti bawah atap rumah2 orang di kawasan situ sebentar." Itulah pula yang saya fikir sewaktu sudah melihat rintik2 hujan itu. Saya sudah separuh jalan menuju ke tempat tunggu bas.
Kemudian secara tiba-tiba saya berpatah baik juga untuk mengambil payung. Kerana hujan rintik tadi nampaknya seperti ingin berubah menjadi semakin tidak elok! Saya cepat2 membuka pintu pagar, mencari anak kunci rumah dalam beg, buka pintu dan ambil payung di atas katil dua tingkat di bilik. Setelah itu saya cepat2 juga mengunci balik pintu dan menutup pintu pagar. Beberapa meter saya berjalan keluar, dengan tidak semena-mena saya melihat bas T305 menampakkan dirinya kepada saya, melintas perlahan-lahan di hadapan saya kerana baru sudah mengambil penumpang di tempat tunggu bas tadi.. Saya tak mampu mengejar! Saya tak mungkin mampu! Saya harus merentas jalan becak jika hendak mengejar! Kemudian saya kesedihan melihat bas itu dari belakang. "Apakah mungkin kau berhenti wahai bas... Tak mungkin kau tinggalkan aku.. huwaaa.." MasyaAllah..
Dengan langkah longlai saya kembali menuju ke tempat tunggu bas.. Hujan semakin lebat. Saya menebar payung menunggu bas lagi atau mungkin kali ini teksi, di tepi jalan. Pasrah... Hujan yang semakin lebat menyebabkan air tanah (bace:lumpur!) mengalir deras membasahi kaki saya. Memang betollah kata berita di TV3, Kuala Lumpur ni kalau hujan, pastilah hujan kilat. Kalau tidak bukan dipanggil hujan namanya. Saya menunggu di bawah pokok rendang. Stokin saya sudah basah kuyup dan kasut comel yang saya sayang ini juga sudah berat hendak di bawa melangkah. Saya menahan teksi yang lalu, tidak berhenti. Sudah ada penumpang! Sungguh dahsyat sekali teksi2 di KL ini yang hanya membawa satu penumpang sahaja pada satu2 masa. Saya menahan lagi teksi, tidak berhenti juga!
Saya berjalan ke hadapan sedikit. Melihat kalau2 ada tempat lebih baik untuk berlindung dari arus deras dikaki (bace: berlindung dari hujan lebat je..). Kemudian saya menahan lagi teksi. Dan pada kali itulah baru ia berhenti. Saya masuk dengan basah kuyup di kaki. Pakcik driver teksi chinese itu bertanya kepada saya "Ok ke?" Dia melihat kesukaran saya masuk memandangkan kawasan itu sudah becak dan dalam juga airnya. Tapi nak buat macam mana..terpaksa redah juga lah.
Begitulah. ***motif: ingin menulis cerita kisah hidup sahaje. Seronok menaip begini. :P
***
"Kepekaan itu bicara iman."
Ayat itu sentiasa bergiang2 di telinga saya minggu2 ini sejak saya terbaca nya di sebuah blog. Kepekaan itu adalah MESTI kerana ia akan mengelak kita daripada lalai. Dan mengelak kita daripada mengisi hidup dengan perkara kosong. Dengan mengambil kira dan mengukur sendiri darjah tingkah dan laku kita. Walau sekecil mana perkara itu atau sebesar mana perkara itu. Segalanya. Allah Maha Melihat. Apabila kita peka, kita kenal akan ujian yang didatangkan. Dan kita akan berusaha berbuat yang baik untuknya. Dari sekecil-kecil ikhlas hinggalah ke sebesar-besar tindakan.
"Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
Semua itu adalah cabaran, dugaan dan ujian. Bergantung kepada kita untuk melakukan tindakan yang bagaimana ke atasnya.
Kedua, sebenarnya apabila kita sudah merancang, kita harus merancang juga apa yang hendak dibuat sebelumnya. Contohnya apabila saya sudah berniat di dalam hati, mungkin saya bakal sampai lambat sedikit di rumah hari ini. Maka apa yang harus saya persiapkan? [biarlah hanya hati saya sendiri yang tahu]
Saya mahu berubah menjadi seorang yang peka. Saya mahu berusaha ke arah itu. Sahabat yang membaca, doakan saya juga ya.
Nota kaki: Sebaik saya tiba di ofis pada pagi itu, saya sudah terlupa akan stokin dan kasut saya yang basah kuyup. Ia kering begitu sahaja di dalam air-cond ofis yang sejuk. Saya leka menyiapkan live project programming pertama yang saya dapat.
No comments:
Post a Comment