Ham ViVian sangat baik sekali orangnya. Suka tersenyum, tersengih, ketawa. Mudah menyampaikan pengetahuan. Sungguh suka berkongsi. Nurul juga. Tatkala saya memanggil namanya bila mahu bertanya, betapa lembutnya dia menjawab. Mudah sekali juga menyampaikan pengetahuan. Sedangkan mereka amat-amat sibuk sekali.
Ya Allah, Engkau berikanlah kebaikan kepada orang-orang ini. Kasihanilah mereka. Rahmatilah mereka. Rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu. Ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Ameen ya rabbail alamin.
No comments:
Post a Comment