Assalamualaikum!
Maksu paksu balik kampung lagi! Petang tadi takot nak merentas jalan turun bas, so saya balik naik cab. Ingat nak beli waffle sedap di stesen LRT Wangsa Maju tadi, tapi tak jadi bila mengingatkan mungkin lauk semalam masih ade lagi kat rumah belum habis. Sedapnya masak kuning yang maksu buat. Saya sampai rumah terus makan dulu tadi.
Petang selepas habis kerja pukul 5.30 tadi saya pergi klinik gigi. Tengahari tadi tu saya buat appointment untuk consultation gigi. Gigi saya retak! Dahsyat. Saya sungguh takot sekali. Kemudian apabila saya jumpa doktor gigi pukul 5.30 tu, "Doktor, saya rasa sesuatu telah berlaku pada gigi depan saya. Ia retak. Adakah mungkin kerana saya kurang kalsium?" Doktor itu berkata, "Oh ini dah pernah buat tampalan sebelum ni yea? tampalan dah tanggal, kena tampal lagi la." Saya was-was. "Saya rasa saya tak pernah tampal pun lagi, doc." Menggeleng kepala dan membuat muke. Saya was-was, adekah doktor ini telah bertanya kepada saya dulu sebelum buat tampalan? Tetiba terus di cuci2 nya mulut saya. Nurse perempuan menyedut air liur dengan alatnya. Keadaan menjadi sibuk dan hiruk pikuk seketika. Nurse ke hulu ke hilir mendapatkan barang yang dipinta doktor. Padahal doktor buat gaya mengangkat tangan saja, terus nurse tu paham. Doktor mengetuk2 gigi saya, tung tang tung tang! ambik alat itu alat ini. dan nurse menyedut lagi air liur saya dengan mesin. aiyak!
Sungguh buruknye bahase. Kemudian doktor mengunjukkan cermin besar depan saya. Tengok. "Cuba buat seperti kunyah2 makanan, ok tak." Oh ok doc. Saya terkesime. Dia baru saja sudah buat tampalan pada gigi saya? Oh my. Thanks, doc.
Apabila saya keluar ke meja receptionist semula. Saya cakap, "Dah siap." hahaha. Bercakap ngan sape tu ko? Receptionist suruh duduk tunggu sekejap. Sekejap kemudian saya bangun kembali ke kaunter. "RM120." katenya. Oi mak. Memang sah saya telah di'tampal gigi' tadi. Yaaa
P/s: Gigi saya jadi begitu semalam, lepas makan kacang barangkali?. Dengan kejadian hari ini yang saya separuh sedar kot, semuanya sudah settle. Walaupun secara tetiba agak banyak wang yang saya berhabis, namun saya tidak perlu takot lagi. Atau membawa2 nya hingga ke esok lusa selagi tidak diselesaikan. Alhamdulillah...
P/s2: Saya kena jaga kesihatan baik2! Jangan kedekut berbelanja lebih atas sebab kesihatan. Jangan makan meggi! Minum susu setiap hari. Minum air secukupnya! Beli buah sebelum@selepas makan mana2 sempat. Biarpun mahal. *sepotong tembikai susu = Rm1.50 kat LRT Bangsar T__T *
P/s3: Tergelak besor Yanie pagi tadi apabile saya tibe2 breakfast ngan susu kotak HL kerana masalah gigi ni. susu segar lagi~ lol. Memang dah lama saya tak minum susu... maafkan saya!
No comments:
Post a Comment