Sunday, April 08, 2012

Di ambang manakah

Wah. Kan best kalo aku ade kamera. Boleh aku tangkap2 gambar pastu post kat sini. hikhik. Di perjalanan ini segala macam realiti kutemui. Yang cukup indah memukau pandangan mate. Yang pada tafsirku wujud di awan maya sahaja. Rupenya sudah melangkaui jaoh menerobos ruang pengamatanku. Kagum. Kamu memang sudah lebih daripada itu! Kamu maju bak kuntuman mekar mawar basah yang dibiasi cahaya. Kamu seperti itu rupanya! Cukup indah.

Minggu ini aku tak ke mana-mana lagi. Walaupun aku tak ke mana-mana, tapi aku berasa cukup buzi. Tak tahu mengapa. Duduk menelaah bait-bait kata di screen komputer juga buzi. Apabila mesin basuh mengeluarkan bunyi teetttt aku segera bangun menyidai pakaian. Hari terang disuluh mentari. Membungakan hati. Sudah pukul 1.13 tengahari. Sekejap lagi azan. Aku juga mahu bingkas bangun seperti tadi apabila mendengarkan azan itu. Ayuh, diri!

Sahabat pulang ke kampung lagi minggu ini. Cik Yah. Ade interview pegawai kerajaan di kampung. Aku meneliti lagi timeline hidupku. Seperti meneliti timeline facebook di wall ku yang belum bertukar sedang orang lain semua sudah berteriak apabila wall mereka bertukar ke timeline. Ayuh diri penuhi diri dengan perkara berfaedah. Yang menghiburkan itu terang, yang menenangkan itu harus di cari. Mungkin harus membongkok baru ketemu. Seperti mencari majalah bertulisan melayu di kedai buku.

Aplikasikanlah dalam apa-apa perkara pun. Cuba lihat dalam skop yang berbeza. Mana tahu kamu akan nampak kelainannya! Sedang diri cuma berkata-kata, dan hanya berkata-kata, namun tingkahnya masih bertangguh lagi. Sungguh pandai bercakap sekali. Sungguh pandai berkongsi sekali. Tutupkanlah aku andai itu yang terbaik. Namun jangan biarkan aku tewas dengan nafsu ku sendiri. Saat atmosfera sepi, kita tenang dan senang. Saat angin sepoi bertiup datang, kita terhuyung juga ke depan dan belakang. Saat badai tiba, ...!

Hinanya aku kerana selalu meminta namun seberapa banyak cuma amal yang ku panjatkan kepada Mu. Jiwa yang terkadang lupa, terkadang berani lagi menghembus penat. Layakkah aku masuk ke syurga Mu. Dari pintu manakah akan ku melangkah. Diterimakah amal-amal ku yang sekecil-kecil itu. Ibadatku seharian, apakah diterima oleh Mu? Jauhkanlah aku dari api neraka Mu yang teramat siksa. Dekatkanlah aku dengan bau syurga Mu. Astagfirullahalazim.... Di ambang manakah aku berada?...

No comments: