Lagu Brotherhood - Taegukgi ini sungguh sedih. Setiap kali aku menjengah ke blog itu, air mata ini sering ingin turun laju. Membuat aku termenung memikir langkah hidup ini.
Malam ni malam ke-27 Ramadhan. Uhuk. Mereka, sedang bertarawih di masjid. Aku mendengar. Kalimat-kalimat "Allahu Akhbar" itu. Mereka di sana pula beriktikaf. Aku menelusuri status-status di facebook yang di upload melalui instagram. 10 hari terakhir ramadhan yang sulit ingin dilepaskan. Takut jika tidak sepenuhnya dimanfaatkan sebaiknya. Takut ia tidak akan datang lagi.
Aku rindu.
Aku ingin meningati Mu sepanjang malam ini. Izinkan aku.
Setiap kali aku hadir ke ruang itu, aku merasakan di sini bukan tempatku. Kalimah-kalimah yang tenang. Kehidupan yang penuh kesedaran, kelembutan. Kesedihan. Bahwa hidup ini adalah untuk mengingati.
Terima kasih kerana tulisan mu ukhti. Terima kasih Allah kerana membawa aku untuk bertemu semua ini.
Tawa ukhuwah itu indah. Dan ia sering membuat aku ingin menangis. :')
No comments:
Post a Comment