Assalamualaikum.
Semangat itu semakin kuat. Seminggu aku kembali di rumah. Seronok. Kerana merasa mereka-mereka yang dekat denganku. Aku nak tinggal di rumah lah! Ada teriakan-teriakan itu di dalam diri.
Aku sudah bertanya pada seorang teman. Sesudah menyatakan hasrat yang terbuku dihati, dan kemudian aku cepat-cepat berserah kepada Allah kerana fikiranku berkecamuk. Aku sudah meminta terlalu banyak tentang itu. Apabila Engkau menarik balik kemanisan itu, aku sedar, itu kerana aku lupa janjiku sendiri. :') Allah. Kau yang lebih mengetahui.
Ramadhan yang berlalu. Aku berasa secalit kegagahan. Tetapi untuk mengutuhkan diri di jalan ini, aku memohon padaMu ya Rabb semoga dikuatkan diri ini. Bertemu syawal dan bulan-bulan seterusnya.
P/s. Perenggan pertama itu. Kadang-kadang buat saya hanya ingin jadi suri rumah sahaja. Hiks :')
No comments:
Post a Comment