Sunday, August 26, 2012

Syawal

Dalam menyambut syawal, sering diucapkan "minal aidil wal faizin wal makbulin" maksudnya 'kejayaan yang berterusan supaya mencapai kemakbulan ibadah selepas aidilfitri'.

Matlamat selepas ramadhan
Iaitu selepas berjaya berpuasa kita meraikan aidilfitri dgn berterusan dalam ibadat seperti yang dilakukan semasa bulan ramadhan supaya dimakbulkan doa dan mendapat kejayaan. matlamat selepas ramadhan ialah untuk mendapat wal faizin (kejayaan).

Bagaimana caranya?
1) Iman   2) Istiqamah

Doa yang berterusan kepada Allah. Jangan sekali-kali merasa kecewa walau doa belum dikabulkan. Teruslah berdoa dan berharap kepada Allah SWT sahaja.

Buat ibadah dengan ilmu supaya betul dan sempurna. Jika beribadah tanpa ilmu mengenainya ditakuti ibadah itu tidak diterima kerana mungkin ada kesalahan semasa ibadah itu.

Bersihkan hati daripada maksiat batin. Perbaiki akhlak kerana akhlak yang buruk memakan segala amal ibadah yang dilakukan.

No comments: