Thursday, November 15, 2012

Helo. Hari ni cuti 1 Muharam. saya kat rumah dan belum makan lagi. semalam pun saya tak makan. balik awal tapi sebab nak selamatkan baju daripada kena hujan terus saya berlari-larian pulang tanpa singgah ke kedai. lol

3 Dec ni company saya ada majlis dinner lagi. saya ingat tak mahu pergi, siap abaikan lagi voting through e-mail tu. kemudian saya jumpa pulak bos besar dalam lif. she asked me about the dinner. it's okay even i missed out the voting. kemudian saya pun serba salah lagi nak jawab ya masa admin datang meja saya tanya. kemudian kawan saya tolong jawabkan ya. maka sekarang saya tak tahu nak ambik Mc ke tak pada hari yang kesekian itu. ngada2 nya kan saya.

Baru2 ni ada seseorang yang mengacau saya. adik kepada housemate yang saya yang saya tumpang keretanya masa balik raya itu hari. seriously budak ni banyak tanya, banyak cakap dan banyak berfoya2. dah berapa kali saya cakap terus terang tapi dia masih dengan perangai tak bersalahnya itu. saya pulak, kerana dia friendly agaknya, saya join skali.

U know why i didnt want to go to the dinner. sebab majlis tu melibatkan perkara2 tidak sihat. syubhah juga. sementelah lagi temanya kali ini '007'. saya hanya boleh berdiri di atas kaki sendiri dan decide apa yang harus saya lakukan dengan keputusan saya sendiri.

Kesehatan saya amat tak terjaga. saya jarang makan sudah. saya nak jimat jugak. pendapatan sekarang tidak cukup untuk menampung usia saya yang seterusnya. menjadi kaya itu perlu. tidak boleh senang lenang di takuk sama tanpa anjakan paradigma. berusaha meningkatkan amal, kebolehan, dan perusahaan itu adalah syiar yang dipegang Islam. saya mahu senang berkongsi semua dengan keluarga. selepas yang wajib itu sudah saya lunaskan.

Saya juga sudah semakin lemah. saya tidak kuat mahu mencintaiNya. saya ingin takut kembali. Allah Allah Allah... berikan saya ketakutan itu. kekuatan itu. kegagahan seperti yang sebelumnya.

#Tapi hidup itu bukan untuk sekarang, kan? Untuk akhirat. Ingatlah selalu apa yang kita lakukan. Ingatlah niat kerana siapa, kerana apa.

No comments: