Aku dengan ofismate ku. Kami sering bersenda gurau. Bising. Selalu membuat lawak. Ofismate ku yang di sebelah kanan seorang Chinese. Kami sering berbual. tentang pelbagai perkara juga. hmm... sebenar banyak perkara yang aku nak cerita. tapi tak tahu bagaimana nak menulis. .... mungkin belum masanya tentang dia.
Minggu ni Nurul tak ada. Seminggu dia bercuti ke Kuching, Sarawak. Aku telah membackup segala projek2nya. samapai tak cukup masa.... pukul 9.30 pagi datang, rehat 1.30 jam tengahari dan sambung semula kerja sampai pukul 6.. atau 7... atau 8... atau 9... atau 10 macam hari ni.
Masa aku padat. walaupun aku nak relaks2 tapi aku tak punya masa untuk relaks. alhamdullah kerana aku tidak mempersia masa yang ada dan yang diperuntuk untuk menjalankan amanah. oh ya aku sudah berjaya cancel untuk join annual dinner. nasib baik tak kena compensation. Loretta cakap takpe... because you inform early. tekiu Loretta.
Semua orang dah takda dalam ofis masa aku nak balik tadi. aku tutup semua lampu dan shut down air-cond. masa nak tutup pintu level, tetiba Jenny muncul dari pintu lif. terkejut aku ingat sape yang tengah2 malam naik tingkat atas lagi. rupanya dia baru sudah menonton movie, naik ofis nak hantar 'coat' sekejap. hampir aku nak kunci dah pintu. Jenny offer tumpang dia balik. awalnya aku dah ikut dia, tapi tengok kenderaan sungguh sesak dalam mall. hari ni jumaat. midvalley pulak ada exhibition. memang sesak lah even dalam parking sekalipun. aku berkata aku balik dulu kerana bimbang tak ada bas/teksi di stesen u nanti. Jenny merayau2 di mid sementara tunggu kenderaan reda.
Pukul 11 malam aku sampai di Hillpark. singgah di kedai Aimi Corner, beli nasi goreng tomyam, bungkus. aku duduk di mejanya. kedai makan aimi corner ni agak bertingkat. dari tingkat atas aku duduk, melihat pemandangan malam di belakang perumahan tempat tinggalku. skrin lcd besar menayangkan siaran bola sepak Thailand vs Vietnam. 2-1.
Aku nak singgah pasaraya UO atau Mynews tapi semua dah tutup. ingat nak beli breakfast dan makanan sikit untuk esok. Esok Kak Fida ajak pegi makan kenduri di Shah Alam. dia datang nak fetch kat rumah. Kalau sempat boleh jumpa kekawan kat sana... :)
No comments:
Post a Comment