Tersenyum memandang langit. Aku suka keluar bekerja di pagi hari. Cuaca sejuk, tenang, dan bila hujan malamnya aku boleh berjalan panjang esoknya. ;)
Pagi yang cerah yang membuatku tidak memandang tanah ketika bejalan. hu.
Sebaik aku melangkah ke seberang jalan, bas sudah sampai. Dan aku berlarian mengejar.
"Kuat joging pagi hari ya?" pakcik driver bas menegur.
Dan kerana pagi masih lagi awal, aku berhenti jauh dari hentian bas. Berjalan menyeberang sungai. Dan memandang langit lagi. Melihat kenderaan dan keretapi di bawahku.
Sejuknya air mengalir. Sejuk mandi pagi juga masih segar di tubuhku.
Dan pabila malam aku berjalan lagi. Memandang langit yang sudah gelap. Tapi berkerlipan bintang2. Indah.
No comments:
Post a Comment