Saturday, January 05, 2013

Ban Shou Ren

Aku itu diam sahaja. Selalu tiada bicara.

Aku itu pengecut. Selalu tiada santunnya.

Aku selalu mengagumi. Aku selalu menyukai.

Itu angan namanya.

Terpenjuru di pentas dunia.

Sedang roda berterusan berlari.

Dan kau masih mahu di situ?

Bicara hati. Bicara kata. Bicara laku.

Manusia memerlukan itu.

Bantulah aku. Ampuni aku selalu meminta bantu.

Aku yang hina dan serba tiada itu.

Di mana lebihnya berilah kepadaku.


Wahai diri,

Usah dimanja hati,

Usah dibuai mimpi,

Teruskan berlari.

No comments: