Saya balik kampung. Dah 4 hari da.. :)
Seperti habit pula mahu balik tiba-tiba. Minggu lepas, abah mama datang KL atas urusan, tetapi saya pula tiba-tiba ikut mereka balik. Sudah tentulah sehelai sepinggang. Dan esoknya beli tiket bas datang KL semula.
Singkat, tapi seronok. Tidur sungguh2 dalam bas. Sampai mimpi2 dan keluar basi pun takpe. Barulah esoknya boleh duduk puas2 di rumah. Mama pun cuti. Abah kerja tapi macam tak kerja. Siap boleh hantar saya pegi renew driving license lagi kat JPJ. Mama pun ikut skali. Kemudian kelihatan kami tengah makan nasik goreng dengan telur mata kerbau di pasaraya Tesco. Breakfast. Kalau someone dari ofis call dan abah akan cakap "Yup, on the way, tengah meeting ni." lol.
Minggu ni saya di kampung lagi. Hari ni Tahun Baru 2013. Adik-adik sudah memulakan persekolahan. Dua-dua adik saya baju sekolahnya warne hijau? No idea. Semalam balut buku-buku sekolah zati (dia sendiri yang balut sebenarnya, saya ajar dia balut sendiri.) Pastu tulis nama dia dekat dalam buku-buku tulis dan teks baru. Selalu tersilap tulis nama sendiri. Selalu plak juga tersilap tertulis nama adik yang lain. hahaha.
Saya nak cuti. Lamaaa. Tapi abah tak kasi pulak. Sekarang susah nak dapat kerja. Kerja lah kat situ dulu.
Dan cerita sebenarnya, tahun baru. Ada apa dengan setiap tahun yang hendak bersambut baru ni? Sekadar berfikir bagaimana tahun lepas dimulakan dan bagaimana ia berakhir.
Bersyukurlah. Berdoalah agar diberikan Allah kesihatan yang baik. Diampuni dosa-dosa kami yang terdahulu. Kami mahu tahun ini menjadikan kami lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga azam ini tetap di dalam hati kami. Tidak mahu malas2. Kami mahu mengutuhkan persaudaraan. Mengutuhkan kekeluargaan. Ameen.
No comments:
Post a Comment